Explore Vietnam with our exclusive packages. Discover Hanoi’s vibrant streets, Halong Bay’s breathtaking scenery, and the tranquil beauty of Hoi An. Enjoy guided tours, luxurious accommodations, and unique cultural experiences. Immerse yourself in Vietnam’s rich history and create unforgettable memories.
27 Jun 2025
24 Jul 2025
25 Jul 2025
07 Aug 2025
15 Aug 2025
21 Aug 2025
03 Sept 2025
04 Sept 2025
11 Sept 2025
18 Sept 2025
19 Sept 2025
02 Oct 2025
10 Oct 2025
23 Oct 2025
24 Oct 2025
Winter
07 Nov 2025
13Nov 2025
14 Nov 2025
20 Nov 2025
27 Nov 2025
05 Dec 2025
11 Dec 2025
20 Dec 2025
27 Dec 2025
16 Jan 2025
30 Jan 2025
06 Feb 2025
08 Feb 2025
Additional Information
–
Prices Includes
Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
Penginapan hotel 4 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
Menaiki Sampan Basket Boat di Hoi An
Kereta kabel ke Puncak Ba Na Hills
Pakej termasuk Le jardin De Amour,Danang French Village dan Fantasy Park
Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
Prices Does Not Includes
Kos ujian antigen atau PCR COVID-19 sekiranya disyaratkan oleh negara dilawati.
Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.
Bergambar di Dragon Bridge yang merupakan ikon bandar Da Nang. Reka bentuk Naga pada jambatan ini dianggap simbol kemewahan dalam budaya Vietnam. Pada waktu malam, jambatan ini disinari oleh ribuan lampu LED yang sangat menakjubkan.
Bergambar di air pancut Dragon Carp yang dibina oleh 30 pengukir dari Non Nuoc. Air pancut ini mirip dengan Merlion yang terkenal di Singapura.
Berfoto di Love Lock Bridge yang diinspirasikan dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pond des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Ilati.
Melawat ke Ba Na Hills yang mula dibuka oleh penjajah Perancis pada tahun 1919, kemudian dijadikan sebagai tempat persinggahan dan tempat rehat mereka pada hujung
minggu. Ba Na Hills ini mempunyai ketinggian 1500-meter dari aras laut, menjadikan suhunya sederhana sejuk sepanjang tahun.
Peserta akan menaiki kereta kabel perjalanan selama 15-20 minit untuk sampai ke puncak Ba Na Hills.
Le Jardin D’amour (Paradise Garden): Taman bunga LeJardin D’Amour mempunyai keluasan 21,000 meter persegi dan mempunyai lebih 1000 spesis pokok hidup. Taman bunga gaya
Perancis sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pencinta alam semula jadi.
Da Nang French Village: Perkampungan Perancis ini merupakan replika seakan-akan seperti zaman Perancis klasik. Semua senibina seperti hotel, cafe, kedai makan, dan
bangunan-bangunan lain semuanya bertemakan rekaan zaman Perancis Klasik.
Fantasy Park: Taman tema indoor in terbahagikan kepada tiga tingkat, dimana aras satu merupakan lokasi Thrill Zone, aras kedua Spirit of Adventure dan tiga ialah
Mystery World yang memberikan pengalaman berbeza di setiap tingkat. Peserta boleh bermain pelbagai jenis permainan yang menarik seperti Roller Coaster, 360 Ferris Wheels, Rock Climbing dan lain-lain.
Bergerak ke Hoi An melalui Marble Mount merupakan gabungan kepada lima puncak batu kapur yang terletak tujuh kilometer dari pusat bandar Da Nang.
Singgah di Non Nuoc Stone Village yang terletak di kaki pergunungan Marble Mount. Masyarakat di perkampungan ini berkemahiran mengukir kraftangan dengan menggunakan batu marmar dan batu-batu yang lain.
Peserta akan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih lebih dari 200 tahun.Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Peserta digalakkan memberi tip kepada pengemudi Basket Boat.
Melawat Old Quarter Hoi An. Kebanyakan bangunan dan rumah di sini adalah struktur reka bentuk tradisional sejak abad ke-17. Bandar bersejarah yang terletak di wilayah
Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke-17.
Bergerak ke Hue City melalui Hai Van Pass yang menyajikan pemandangan tepi laut yang menarik.
Melawat bandar Hue City yang dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO yang kaya dan menarik keindahan semulajadi. Bandar Hue menjadi bandar tertua dan mempunyai banyak sejarah di masa lalu. Ia menjadikan bandar ini terkenal dengan tarikan pelancong datang dari pelbagai negara.
Pulang ke Da Nang melalui Hai Van Tunnel yang merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 6.28km.
Masa bebas untuk membeli belah di Da Nang Market. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.
Masa bebas bersiar-siar di My Khe Beach. Sambil anda mendengar bunyi ombak yang menenangkan minda, anda juga boleh merendam kaki di air pantai, bermain pasir dan melihat matahari terbenam.